Pada
mulanya saya agak keliru untuk memikirkan tajuk yang sesuai untuk projek tahun
akhir saya. Tapi akhirnya setelah mencari beberapa maklumat saya telah memilah
tajuk “ Faktor yang mempengaruhi pembelian secara online
( e-shopping ) dan
kepuasan pelanggan ke atas pembelian secara online dalam kalangan pelajar
UNIMAS ” (“Factor that influence
the online purchasing (e-shopping) and the customer satisfaction towards online
purchasing among UNIMAS students”).
Membeli-belah dalam talian adalah satu bentuk perdagangan elektronik di mana para pengguna terus membeli barangan atau perkhidmatan daripada penjual melalui internet tanpa perkhidmatan pengantara. Proses ini dinamakan perniagaan
kepada pelanggan (B2C).
Saya memilih tajuk ini kerana
saya melihat pada masa sekarang pembelian barangan secara online ini menjadi
semakin meluas dalam era globalisasi ini terutamanya dalam kalangan remaja yang
gemar akan kaedah ini. Saya sendiri sebagai seorang remaja dan pelajar, kerap melakukan pembelian secara online. Sebagai contoh, pembelian pakaian, tudung dan aksesori secara e-shopping. Kaedah ini berkemungkinan
sangat digemari oleh golongan seperti ini kerana ianya lebih mudah, menjimatkan
masa, cepat atau sebagainya. Oleh itu, saya ingin mengkaji secara mendalam lagi
apakah faktor yang mendorong golongan remaja melakukan pembelian online dan kepuasan
mereka setelah melakukan pembelian tersebut. Kajian saya berfokus kepada
golongan remaja di UNIMAS.
Tajuk kajian
:
Faktor yang mempengaruhi pembelian secara online (e-shopping) dan kepuasan pelanggan ke atas pembelian secara online dalam kalangan pelajar UNIMAS.
Faktor yang mempengaruhi pembelian secara online (e-shopping) dan kepuasan pelanggan ke atas pembelian secara online dalam kalangan pelajar UNIMAS.
Penyataan
masalah :
Adakah pelanggan berpuas hati terhadap
barang yang dibeli secara online.
Objektif
kajian :
- Untuk memahami dengan
lebih mendalam apa itu pembelian atas talian. (online purchasing)
- untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi pelanggan melakukan pembelian
secara online.
- Untuk mengkaji kepuasan pelanggan ke atas pembelian barangan secara
online.
- Untuk mengkaji kesan pembelian barang secara online kepada pelanggan.
- untuk mengkaji adakah barangan yang dibeli secara online memenuhi citarasa pelanggan.
Soalan kajian :
- Mengapa ramai pelanggan
gemar melakukan pembelian secara online. Adakah lebih mudah?
- Adakah produk yang dibeli secara online memberi
kepuasan yang maksimum kepada pelanggan?
- Adakah pelanggan boleh mengambarkan keadaan
fizikal sebenar sesuatu produk jika ianya adalah pembelian secara online?
- Adakah produk sampai kepada pengguna dalam
kualiti dan ciri-ciri yang dikehendaki?
- Adakah produk yang dibeli secara online itu memenuhi citarasa pelangan?
Menentukan pembolehubah :
1.
Pembolehubah
bergantung ( Dependent Variable )
·
Pembelian
secara atas talian (e-shopping )
2.
Pembolehubah
bebas ( Independent Variable )
·
Faktor
yang mempengaruhi pembelian
·
Kepuasan
pelanggan
Respondant kaji selidik :
Pelajar Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ) – generasi
Y.
Skop Penyelidikan :
Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ), Kota Samarahan,
Kuching, Sarawak.