Monday, 26 March 2012


Projek Tahun Akhir??


Pada mulanya saya agak keliru untuk memikirkan tajuk yang sesuai untuk projek tahun akhir saya. Tapi akhirnya setelah mencari beberapa maklumat saya telah memilah tajuk “ Faktor yang mempengaruhi pembelian secara online 
( e-shopping ) dan kepuasan pelanggan ke atas pembelian secara online dalam kalangan pelajar UNIMAS ” (“Factor that influence the online purchasing (e-shopping) and the customer satisfaction towards online purchasing among UNIMAS students”).

Membeli-belah dalam talian adalah satu bentuk perdagangan elektronik di mana para pengguna terus membeli barangan atau perkhidmatan daripada penjual melalui internet tanpa perkhidmatan pengantara. Proses ini dinamakan perniagaan kepada pelanggan (B2C).

Saya memilih tajuk ini kerana saya melihat pada masa sekarang pembelian barangan secara online ini menjadi semakin meluas dalam era globalisasi ini terutamanya dalam kalangan remaja yang gemar akan kaedah ini. Saya sendiri sebagai seorang remaja dan pelajar,  kerap melakukan pembelian secara online. Sebagai contoh, pembelian pakaian, tudung dan aksesori  secara e-shopping. Kaedah ini berkemungkinan sangat digemari oleh golongan seperti ini kerana ianya lebih mudah, menjimatkan masa, cepat atau sebagainya. Oleh itu, saya ingin mengkaji secara mendalam lagi apakah faktor yang mendorong golongan remaja melakukan pembelian online dan kepuasan mereka setelah melakukan pembelian tersebut. Kajian saya berfokus kepada golongan remaja di UNIMAS.



Tajuk kajian :
Faktor yang mempengaruhi pembelian secara online (e-shopping) dan kepuasan pelanggan ke atas pembelian secara online dalam kalangan pelajar UNIMAS.

Penyataan masalah :
Adakah pelanggan berpuas hati terhadap barang yang dibeli secara online.

Objektif kajian :

  • Untuk memahami dengan lebih mendalam apa itu pembelian atas talian. (online purchasing)
  • untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi pelanggan melakukan pembelian secara online.
  • Untuk mengkaji kepuasan pelanggan ke atas pembelian barangan secara online.
  • Untuk mengkaji kesan pembelian barang secara online kepada pelanggan.
  • untuk mengkaji adakah barangan yang dibeli secara online memenuhi citarasa pelanggan.

Soalan kajian :

  • Mengapa ramai pelanggan gemar melakukan pembelian secara online. Adakah lebih mudah?
  • Adakah produk yang dibeli secara online memberi kepuasan yang maksimum kepada pelanggan?
  • Adakah pelanggan boleh mengambarkan keadaan fizikal sebenar sesuatu produk jika ianya adalah pembelian secara online?
  • Adakah produk sampai kepada pengguna dalam kualiti dan ciri-ciri yang dikehendaki?
  • Adakah produk yang dibeli secara online itu memenuhi citarasa pelangan?

Menentukan pembolehubah :

1.     Pembolehubah bergantung ( Dependent Variable )
·       Pembelian secara atas talian (e-shopping )
2.     Pembolehubah bebas ( Independent Variable )
·       Faktor yang mempengaruhi pembelian
·       Kepuasan pelanggan

Respondant kaji selidik :
Pelajar Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ) – generasi Y.

Skop Penyelidikan :
Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ), Kota Samarahan, Kuching, Sarawak.




No comments:

Post a Comment