Wednesday, 7 March 2012

Blog saya?? Untuk apa??

Tujuan blog ini dihasilkan adalah untuk mengumpul segala maklumat tentang      subjek    Research and Methodology berkaitan projek tahun akhir. Pensyarah untuk subjek ini ialah Dr Rohaya. 




Penyelidikan???


Definisi Penyelidikan

  • Penyelidikan merupakan proses mencari penyelesaian kepada masalah selepas kajian yang menyeluruh dan kajian faktor situasi.
  • satu proses lankah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data bagi mendapat serta meningkatkan lagi kefahaman keatas sesuatu topik atau isu yang diutarakan.
  • penyelidikan juga digunakan oleh pelajar Universiti dalam mengumpul data yang kemudiaannya diproses menjadi maklumat dan akhirnya menjadi suatu pengetahuan bermanfaat. seterusnya, melalui pengetahuan tersebut, ianya diproses untuk mengenalpasti setiap masalah yang timbul dan langkah-langkah penambahbaikan dilakukan bagi meningkatkan lagi kefahaman kepada sesuatu perkara.

2 Jenis Penyelidikan :

1.   Penyelidikan gunaan (aplied research)
  • Untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh organisasi tertentu. 
  • contoh: Proton ingin mengetahui mengapa Perodua mendapat bahagian pasaran di Malaysia.
2.    Penyelidikan asas (basic research)
  • Untuk lebih memahami beberapa fenomena seperti ia terpakai bagi semua industri atau perniagaan 
  • contoh : Adakah imej jenama mempengaruhi keputusan 

Langkah-langkah penyelidikan

1.   penyataan masalah
  • setiap kajian dimulakan dengan mengenalpasti masalah. pemasalahan merupakan perkara kajian yang kita akan lakukan. kehidupan sosial dipenuhi pelbagai perkara yang boleh dijadikan topik kajian.
2.   membuat rujukan bahan
  • penyataan masalah tidak sempurna dan kabur tanpa membuat rujukan. rujukan bahan atau sorotan literatur merupakan aktiviti mencari maklumat berkaitan perkara yang dikaji berdasarkan bahan-bahan sedia ada. rujukan bahan boleh didapati daripada tulisan-tulisan, gambar dan bahan-bahan yang berkenaan.
3.   mengemukakan hypothesis 
  • hipotesis merupakan andaian-andaian penyelidik terhadap hasil penyelidikan. untuk menghasilkan suatu hipotesis yang baik ia perlulah mempunyai sifat-sifat seperti berfokus, jelas, logik, difahami dan dapat diuji. 
4.   menentukan kaedah
  • kaedah merupakan cara menjelaskan permasalahan penyelidikan. kaedah penyelidikan untuk mendapatkan data terbahagi kepada dua iaitu dengan menggunakan pendekatan kuantitatif atau pendekatan kualitatif.
5.   menentukan strategi dan teknik
  • strategi dan teknik merpakan cara yang digunakan untuk mengumpul data-data atau maklumat dalam penyelidikan. strategi yang biasa digunakan adalah seperti eksperimen, tinjauan dan kajian kes. teknik atau taktik merujuk kepada kaedah khusus dalam reka bentuk kajian. contohnya seperti temubual, soal selidik dan sebagainya.
6.   menjadualkan kerja
  • sesuatu penyelidikan perlulah dirancang dengan teliti. perancangan atau pelan tindakan akan membantu seseorang penyelidik dalam mendapatkan maklumat dan memudahkan kerjanya. perancangan hendaklah bersesuaian dengan skop kajian, kaedah yang dipilih, kemudahan-kemudahan fizikal dan situasi pengkaji.
7.   menganalisis dan meginterpretasi data.
  • menginterpretasi data merupakan perkara penting yang menarik minat penyelidik. penganalisaan perlu dilakukan dengan teliti. data-data akan membuktikan atau menafikan hipotesis penyelidik. bagi penyelidikan kuatitatif, data-data perlu diproses dengan pengiraan yang berhati-hati supaya tidak berlaku kesalahan statistik.
8.   melaporkan hasilan
  • melaporkan hasil bermaksud meukarkan penyelidikan yang telah dijalankan kepada bentuk susunan teks bertulis. ia merupakan peringkat akhir penyelidikan. penulisan laporan dibahagikan kepada beberapa tajuk kecil iaitu pengenalan dan latar belakang kajian, hipotesis dan kaedah kajian, analisa data, rumusan dan penutup, bibliografi dan lampran-lampiran yang berkaitan.

Proses penyelidikan

Menjalankan penyelidikan menyeluruh melibatkan perancangan yang sistematis dan teratur supaya kerja-kerja penyelidikan dapat dijalankan tanpa banyak halangan. Pada kebiasaannya, terdapat beberapa langkah yang boleh diikuti dalam membuat penyelidikan menyeluruh. Langkah-langkah tersebut adalah:

1.     Mendapatkan masalah atau tajuk
Penyelidikan bermula dengan masalah; iaitu, penyelidik melihat wujudnya masalah di bidang yang hendak dikaji.

2.     Membentuk hipotesis
Ini merupakan kesimpulan sementara bagi masalah yang hendak dikaji.

3.     Memungut data
Pemilihan teknik-teknik yang sesuai bagi mendapatkan data sebagai bukti untuk menerima atau menolak hipotesis.

4.     Analisis data
Dengan mengunakan teknik-teknik statistik yang sesuai, data dianalisis bagi membolehkan penyelidik membuat interpretasi mengenai fenomena yang dikaji.

5.   Kesimpulan
Berasaskan bukti-bukti yang telah dianalisis dan diinterpretasi, penyelidik dapat membuat kesimpulan dan penyelesaian kepada masalah yang dikaji.

6.     Menulis laporan
Semua proses penyelidikan yang telah dijalankan perlulah dilaporkan dalam bentuk penulisan atau karya.

            Pada keseluruhannya, proses penyelidikan merupakan satu proses berpusingan. Ia bermula dengan penentuan masalah kajian dan berakhir dengan laporan mengenai kajian itu. Laporan yang mengakhiri satu pusingan penyelidikan menjadi permulaan pusingan atau kajian lain. Proses ini adalah berterusan dan menandakan sifat progresif yang terdapat di bidang penyelidikan menyeluruh. Proses penyelidikan juga membenarkan pembetulan secara sendiri; dengan erti kata, kesimpulan-kesimpulan sementara (hipotesis), diuji lojiknya secara empiris. Sekiranya kesimpulan-kesimpulan ini ditolak, kesimpulan-kesimpulan sementara yang baru dikemukakan. Dalam proses membuat kesimpulan-kesimpulan baru, metod penyelidikan dikaji dan dinilai semula untuk mempastikan bahawa penolakan kesimpulan-kesimpulan tadi disebabkan oleh teknik penyelidikan yang salah atau kurang sesuai.

Rajah menunjukkan proses yang biasa diikuti dalam melakukan penyelidikan menyeluruh.

1.       MENDAPATKAN TAJUK
-    institusi
-    bacaan
-    pengalaman

2.       MENULIS CADANGAN
-          tujuan kajian
-          hipotesis
-          teknik kajian
-          anggaran kewangan
-          rumusan jangkaan

3.       PUNGUTAN DATA
-          ujikaji
-          kajian kes
-          kajiselidik
-          perpustakaan

4.       MEMPROSES DATA
-          jadual
-          computer

5.       ANALISIS DATA
-          statistik umum
-          analisis silang
-          analisis siri masa
6.       MENGEMUKA KESIMPULAN
-          menerima hipotesis
-          menolak hipotesis

7.       MENULIS LAPORAN
-          perihal kajian
-          kesimpulan
-          masalah
-          cadangan



Implikasi menjalankan penyelidikan

  • dapat mengumpul banyak maklumat baru
  • memudahkan pembuat keputusan yang sukar
  • menilai alternatif terbaik
  • dapat menentukan penyelesaian terbaik
  • penting dalam menetukan kejayaan terhadap apa yang dilakukan

No comments:

Post a Comment