Friday, 4 May 2012

New Topic FYP
Tahap kepuasan pelajar UNIMAS terhadap kualiti perkhidmatan di Klinik Kesihatan UNIMAS



Saya telah memilih tajuk baru untuk menjalankan kajian disebabkan oleh faktor-faktor yang positif. Saya akhirnya memilih tajuk Tahap kepuasan pelajar UNIMAS terhadap kualiti perkhidmatan di Klinik Kesihatan UNIMAS. Saya memilih tajuk ini kerana sektor perkhidmatan merupakan salah satu sektor yang menjadi tunjang kepada perkembangan ekonomi negara. Organisasi kesihatan seperti klinik di wujudkan untuk memenuhi keperluan masyarakat dalam menyelesaikan masalah kesihatan. Menurut Gronross (1990), pengkurun kualiti perkhidmatan adalah berdasarkan kepada tanggapan dan penilaian pengguna. Ini bermakna pengguna akan menilai kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi tersebut. Oleh itu, organisasi yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan perlulah menitikberatkan perkhidmatan yang ditawarkan bagi memastikan kepuasan pelanggan dapat dipenuhi dan matlamat penubuhan organisasi tercapai.

   TAJUK KAJIAN 
Tahap kepuasan pelajar UNIMAS terhadap kualiti perkhidmatan di Klinik Kesihatan Universiti Malaysia                Sarawak.

   PENYATAAN MASALAH 
  • Sejauh manakah kualiti perkhidmatan di klinik kesihatan UNIMAS mempengaruhi tahap kepuasan pelajarnya.
  • Apakah tanggapan yang diberikan oleh pelajar terhadap kualiti perkhidmatan klinik UNIMAS.
   MASALAH KAJIAN 
Masalah yang dihadapi ialah permasalahan tanggapan yang diberikan oleh pesakit terhadap kepuasan mereka              kepada mutu perkhidmatan di klinik. Tahap  kepuasan yang ingin dikaji adalah seperti faktor kepuasan pelanggan terhadap faktor adab interpersonal, tahap kepuasan pelanggan terhadap faktor fasiliti atau kemudahan, tahap kepuasan pelanggan terhadap faktor kebolehdapatan dan kepuasan pelanggan terhadap faktor keberkesanan. 

   OBJEKTIF KAJIAN
    Objektif yang ingin dicapai menerusi kajian ini adalah seperti berikut:

1.     Mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan berdasarkan faktor  berikut :

·  Mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan terhadap faktor adab    interpersonal.

·  Mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan terhadap faktor fasiliti atau    kemudahan.

·  Mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan terhadap faktor kebolehdapatan.

·  Mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan terhadap faktor keberkesanan.

2.     Mengenalpasti samaada terdapat perbezaan tahap kepuasan pelanggan dari   aspek demografi.

          SOALAN  KAJIAN
         Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan di atas, maka persoalan kajian ini dapat dirumuskan
         seperti berikut :
1.   Apakah tahap kepuasan pelanggan berdasarkan faktor :

·  Apakah tahap kepuasan pelanggan terhadap faktor adab interpersonal ?

·  Apakah tahap kepuasan pelanggan terhadap faktor fasiliti atau kemudahan ?

·  Apakah tahap kepuasan pelanggan terhadap faktor kebolehdapatan ?

·  Apakah tahap kepuasan pelanggan terhadap faktor keberkesanan ?

2.     Adakah  terdapat perbezaan tahap kepuasan pelanggan dari aspek demografi ? 


      MENENTUKAN PEMBOLEHUBAH
      Pembolehubah bebas ( Independent Variable ) = Kualiti perkhidmatan di klinik  
         Pembolehubah bergantung ( Dependent Variable = Tahap kepuasan pelanggan. 

   JENIS KAJIAN 
   “correlation study”
   Adakah kualiti perkhidmatan klinik di UNIMAS mempengaruhi tahap kepuasan pelanggan.

        RESPONDANT KAJI SELIDIK
        Pelajar Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ) .

        SKOP PENYELIDIKAN 
        Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ), Kota Samarahan, Kuching, Sarawak

        KEPENTINGAN KAJIAN 
        Kepentingan kepada pihak pengurusan klinik
    ·    Pihak pengurusan klinik UNIMAS dapat melihat kualiti perkhidmatan yang mereka sajikan menerusi            kajian yang dijalankan.
         Kepentingan kepada para pelajar
     ·       Membantu pelajar UNIMAS agar lebih selesa apabila mendapatkan rawatan di klinik.



No comments:

Post a Comment